page

Monday, November 21, 2011

Tak Sabar Nak Balik Kampung

1,2,3 .......  hitung hari dan masa, lagi brapa hari utk pulang ke kampung hu3. Muke bersinar2, tak sabar nak balik kampung. Tak sabar nak tengok keindahan disana. Emak, Ayah, Ayam, Itik, Kucing, ..... rindu sangat nak makan NASI KERABU.... Tunggu kepulangan ku haha.....

Friday, August 19, 2011

Kisah Sepotong Hati^

Dalam kisah tersebut diceritakan demikian :

Pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan menyatakan bahwa dialah pemilik hati yang terindah yang ada di kota itu. Banyak orang kemudian berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, karena memang benar-benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau goresan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.

Tapi tiba-tiba, seorang lelaki tua menyeruak dari kerumunan, tampil ke depan dan berkata “Mengapa hatimu masih belum seindah hatiku?”.
Lalu, kerumunan orang-orang dan pemuda itu  melihat pada hati pak tua itu.

Hati pak tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ; namun tidak benar-benar pas dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata. Bahkan, ada bagian-bagian yang berlubang karena dicungkil dan tidak ditutup kembali. Orang-orang itu tercengang dan berpikir, bagaimana mungkin pak tua itu mengatakan bahwa hatinya lebih indah?

Pemuda itu melihat kepada pak tua itu, memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa “Anda pasti bercanda, pak tua” katanya, “bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan cabikan”.  “Ya”, kata pak tua itu, ” hatimu kelihatan sangat sempurna meski demikian aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku menyobek sebagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan sesobek hati mereka untuk menutup kembali sobekan yang kuberikan. Namun karena setiap sobekan itu tidaklah sama, ada bagian-bagian yang kasar, yang sangat aku hargai, karena itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami bagikan. Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas dengan memberikan potongan hatinya. Hal itulah yang meninggalkan lubang-lubang sobekan – memberikan cinta kasih adalah suatu kesempatan. Meskipun bekas cabikan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, hal itu mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu.
“Sekarang, tahukah engkau keindahan hati yang sesungguhnya itu ?” 

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah pak tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, dan merobeknya sepotong.
Pemuda itu memberikan robekan hatinya kepada pak tua dengan tangan-tangan yang gemetar. Pak tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sesobek dari  hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sobekan itu tertampal, tetapi tidak sempurna, karena ada sisi-sisi yang tidak sama rata. Pemuda itu melihat kedalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, karena cinta kasih dari pak tua itu telah mengalir kedalamnya.
Mereka berdua kemudian berpelukan dan berjalan beriringan.
Semoga bermanfa’at dan memberi inspirasi.

Sunday, August 7, 2011

Kisah Sebiji EpaL

Al-kisah, Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati,
 “Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya  Minta halal”
Beliau mudik kehulu sungai. Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik,
 “Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini”. Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma’I.
Setelah memberi salam…berkatalah Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!
Shaikh Sawma’I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema’afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.
Abu Salih : Apa permintaan tuan?
Shaikh Sawma’I : Kamu kena bekerja dengan aku selama 2 tahun!
Abu Salih : setuju. Insya Allah tuan. Saya akan bekerja dengan tuan sebagaimana tuan kehendaki.!
Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara’ dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya.
Setelah berkhidmat selama 2 tahun… pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.
Shaikh Sawma’I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.
Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!
Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.
Shaikh Sawma’I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, bisu dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?
Abu Salih : (agak lama termenung…. jika buta dan bisu boleh lagi tetapi kudung pulak… macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini… hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Shaikh Sawma’I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)
Akhir Abu Salih berkahwin dengan puteri yang buta, bisu dan kudung
Hari perkahwinan tiba! Setelah selesai ‘aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.
Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna.
Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma’I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma’I, inginkah penjelasan!
Shaikh Sawma’I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!
Shaikh Sawma’I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.
Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan……… (Abu Saleh kehairanan)
Shaikh Sawma’I : Ya benar…!
Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram."

Busuknya Kebencian

Seorang Ibu Guru taman kanak-kanak (TK) mengadakan”permainan”.
Ibu Guru menyuruh tiap muridnya membawa kantong plastik transparan 1 buah dan kentang. Masing-masing kentang tersebut diberi nama berdasarkan nama orang yang dibenci, sehingga jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa....tergantung jumlah orang-orang yang dibenci.
Pada hari yang disepakati masing-masing murid membawa kentang dalam kantong plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Seperti perintah guru mereka tiap-tiap kentang diberi nama sesuai nama orang yang dibenci. Murid-murid harus membawa kantong plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun,selama 1 minggu.
Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk,murid-murid mulai mengeluh,apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat baunya juga tidak sedap. Setelah 1 minggu murid-murid TK tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.
Ibu Guru : “Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1minggu ?”
Keluarlah keluhan dari murid-murid TK tersebut, pada umumnya mereka tidak merasa nyaman harus membawa kentang-kentang busuk tersebut kemanapun mereka pergi. Gurupun menjelaskan apa arti dari “permainan” yang mereka lakukan.
Ibu Guru : “Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak bisa memaafkan orang lain. Sungguh sangat tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemana pun kita pergi. Itu hanya 1 minggu. Bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak nyamannya..”

Friday, August 5, 2011

Mentega Golden Churn Creamy Butter Ada DNA Babi

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal. Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Monday, May 16, 2011

NYanYi jangan Tak NyanYi

Kemeriahan suasana sambutan Hari Guru Sk Bungin boleh la dikatakan meriah... walaupun takde badut yang hidung besar, tapi cukuplah ada wajah cikgu2 yang ceria....

Cikgu sorang tu orang Klate.. ada nama samaran.. tapi tak boleh sebut... satu lagi PK HEM... orang tempatan..
Tu masa tengah nyanyi Lagu Tema HAri GUru 2011.. gambar aku takde la... coz aku ambil gambar..

Bunga Sirih untuk Guru


Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

Tuesday, May 10, 2011

Mat ReMpiT


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Rizal yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Saturday, May 7, 2011

cInta uMpama meNungGu bAs


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda tengok bas itu dan anda kata pada diri anda,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, anda katakan pada diri anda, “Saya akan tunggu bas yang lain.” anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. anda tengok bas itu dan anda akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, anda pun biarkan bas buruk itu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini anda kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan anda bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yang anda sudah terlambat rupanya. anda mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa… anda dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda hendak.

....................................................................

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah anda dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk anda? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati “bas” itu tidak sesuai dengan anda, apa yang perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang macam ini. anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang anda nanti- nantikan), anda tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!

Sunday, April 3, 2011

Murid dengan guru

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?

Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.

Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Pesan Nenek..

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Selamat Akhir Tahun

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru tersebut menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, “saya yakin saya tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?”
“Itu benar” anak murid itu berkata, “tapi bagaimana Cikgu tahu?”
“Oh, hanya meneka,” katanya.
Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru tersebut memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, “Saya yakin saya boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula.”
“Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?” tanya murid itu.
“Oh, hanya meneka,” kata Guru tersebut.
Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.
“Apakah anggur?” ia bertanya. “Tidak,” jawab anak murid itu, dengan gembira.
Guru tersebut mengulanginya, lantas sekali lagi mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.
“Apakah champagne?” ia bertanya.
“Tidak,” jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.
Guru merasai lagi sebelum menyatakan,
“Aku menyerah, apa ini?”
Anak murid itu menjawab, “Itu anak anjing!”

Komen : Jangan main magic dgn murid anda..

Sunday, March 20, 2011

Siapa Salah?!!!

Suatu hari sekembalinya Juha dan isteri dari rumah sahabatnya mendapati rumahnya telah masuki oleh pencuri. Semua barang yang boleh diangkat telah dibawa oleh pencuri itu.
“Ini salahmu,” kata isterinya, “engkau seharusnya memeriksa bahawa semua sudah dikunci sebelum kita pergi.”
Jiran jirannya datang dan menambah, “Engkau tidak mengunci jendela-jendela,” dan sambung oleh jirannya yang satu lagi, ”Kenapa engkau tidak berhati hati bahawa perkara ini boleh terjadi. Kata yang lain lagi, “kunci kunci itu sudah lama dan engkau tidak menggantikannya.”
“Sebentar, sebentar …” kata Juha, “Tentunya bukan hanya aku saja yang harus disalahkan bukan ?”
“Lalu siapa yang harus dipersalahkan ?” teriak isteri dan jirannya.
“Bagaimana halnya dengan pencuri itu ?” kata Juha, “Apakah mereka sama sekali tidak bersalah ?”

Yakin kah ? Pasti !

Memiliki keraguan adalah suatu hal yang lumrah, tetapi tidak semestinya engkau terus berada dalam keraguan. Keraguan seharusnya membawa kepada kebenaran. Jangan tinggal diam dalam pertanyaan. Pikiranmu boleh menjeratmu. Kepandaian dan ilmu pengetahuan pun boleh menipumu.
Yakin kah.. pasti ... Sebab itu tanyakanlah kepada diri sendiri, seberapa dalam keyakinan itu ? – ketika mata yang selalu melihat tidak lagi melihat, telinga yang selalu mendengar tidak lagi mendengar, dan fikiran yang selalu berupaya untuk menguraikan sesuatu berhenti untuk berpikir.

Telah tercipta untukMu

Suatu ketika, seorang pemuda meminjamkan sahabat lamanya sejumlah wang. Beberapa bulan kemudian dia memerlukan wang itu, sehinggalah dia pergi ke rumah sahabatnya di sebuah kota, untuk meminta kembali wangnya yang dia pinjamkan. Isteri sahabatnya mengatakan padanya bahawa suaminya sedang mengunjungi seseorang di sebuah kota yang berdekatan. Isteri sahabatnya menunjukkan arah dan alamat yang harus dituju, lalu lelaki itupun berangkat. Dalam perjalanan ia melalui satu majlis pengkebumian. Kerana tidak terburu-buru, ia memutuskan untuk mengikuti majlis pengkebumian itu, dan ikut memanjatkan doa bagi nafs [jiwa] almarhum.
Pekuburan kota itu sudah sangat tua. Jika kubur baru akan digali, beberapa kubur lama perlu digali juga untuk mengangkat dan memindahkan sisa tulang belulangnya. Ketika pemuda itu berdiri di samping lubang yang baru digali untuk jenazah almarhum, ia memerhatikan sisa-sisa kerangka yang baru saja diangkat. Di antara kedua gigi depan tengkoraknya terselip sebiji kacang pipih. Tanpa berfikir, dia mengambil biji kacang itu dan dijentikkannya ke mulutnya sendiri
Tepat waktu itu, datanglah seorang lelaki yang seluruh janggutnya telah memutih namun nampak masih muda. lalu bertanya kepada si pemuda tersebut , “Kau tahu kenapa kau ada disini sekarang ?” “Oh, tentu saja. Aku datang ke kota ini untuk mengunjungi sahabatku.” Balas pemuda tersebut.
“BUKAN. Kau ada disini kerana perlu memakan sebutir kacang itu. Tahukah kau, bahwa kacang itu adalah hak engkau. Kacang itu bukan hak orang itu, yang sudah menjadi tulang belulang sejak bertahun-tahun yang lalu, sehingga ia tidak bisa menelannya. KACANG ITU ADALAH HAKMU, dan HARUS SAMPAI KEPADAMU.”


“Itu berlaku dalam semua perkara . Allah sendirilah yang memenuhi segala hak dan kemahuanmu. Apapun yang diciptakan untuk menjadi hakmu, pasti kau akan menerimanya.”

RENUNGAN …
Yakinlah bahawa segala sesuatu, termasuk keadaan-keadaan, fenomena, mushibah dan anugerah, yang telah diciptakan oleh Allah Ta’ala bagi seseorang akan diterima oleh orang itu.

Monday, February 14, 2011

Jaman Kecik

mengingati masa kecil sungguh indah..best..best.. zaman kanak-kanak ialah zaman bermain, bersuka ria dengan kawan-kawan, sesiapa yang tidak mengingatkan zaman kecilnya, sangat merugikan..

Sukan SK Bungin



Antara Slideshow pelajar SK Bungin

Monday, February 7, 2011

Nasi Kerabu

Ni Makanan favorite aku.. kalau tak pekena nasi krabu tak sah la. Tapi dalam keadaan sekarang ni, susahlah nak dapat makan lagi. lagipun aku berjauhan dari kampung halaman. Kini berada diseberang laut. Untuk mengubat rindu nak makan Nasi Kerabu, sempat juga aku pekena kat bandar Kuching samada kat Arif Hotel ataupun kat Desa Ilmu. Walaucamana pun untuk sesiapa yg rajin2 nak buat Nasi Krabu, disini ada resepinya.. Slamat Mencuba...

BAHAN NASI:

4 cawan beras

BAHAN SAMBAL KELAPA:

5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

BAHAN KUAH TUMIS:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur

BAHAN ULAM:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

CARA MENYEDIAKAN:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan
ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa.
Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan
masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu.
Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam
periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.

Niat Ati

Aku kalau boleh nak add segala dokumen tentang pembelajaran dan pengajaran seperti rpt setiap subjek, modul KSSR. tapi takdop masa. makan masa jugak tu.

Arnab Dan Kura Kura

Pada satu hari dihutan Arizona ...kura-kura telah membuat satu kejutan di luar tabii' kehidupan haiwan.....dia telah mencabar arnab lumba lari dgn dia. Satu hutan terkejut besar dgn cabaran kura-kura tu...Mana kan tidak.. arnab adalah juara lumba 4 tahun berturut2 . semua cakap kura-kura tak betol...otak dia dah tak center agaknya....mana boleh menang sey...takyah lumba, semua dah tahu yg kura-kura akan kalah. Sang Arnab ketawa terbahak bahak....dia macam tak percaya dgn cabaran sang kura-kura...tapi oleh kerana sang kura-kura nampaknya bersungguh-sungguh nak challenge, dia terima jugak cabaran itu.

So hari yg ditunggu tunggu telah pun tiba. Arnab dan kura-kura sudah berada di garisan permulaan. Binatang-binatang yg lain pun berada di situ untuk memberi semangat pada sang arnab dan sang kura-kura. T-shirts. souveniers, key chains etc pun ada dijual di situ.....macam satu pesta beb...semua ambil kesempatan untuk buat duit.

"On your mark..Get Set". Teriak Sang Singa. Bdebooom! bunyik tembakan menandakan bermulanya perlumbaan itu.

Semua bertepuk sorak....kat satu korner kelihatan beberapa ekor binatang membuat betting....of course semua bet on the arnab to win lah.

Kura-kura berjalan dgn slow motion...sementara arnab still at the starting point...arnab dengan sengaja berdiri di situ sambil memerhatikan kura-kura berjalan dulu. Arnab telah dengan riaknya mentertawakan kura-kura sambil berkata pada all the supporters,

"Rileekkkkkk, biar dia jalan dulu...nanti aku bleh catch up"

Supporters yg lain bertepuk sorak sambil menyaksikan telatah arnab yg sombong lagi bongkak nak mampos.

Kura-kura berjalan dan terus berjalan..berpeluh dibuatnya...dia toleh kebelakang dan dapati arnab masih lagi di garisan permulaan. Bila dia tengok dah agak jauh...kura kura pun berdiri dan melucutkan buckle dipinggangnya....maka terlucutlah shell yg memprotect belakang badan dia. Bila shell tu dah tanggal. kura kura pun apa lagi, mulalah berdesut lari macam lipas kudung dan akhirnya ke garisan penamat.....maka menanglah sang kura-kura dalam perlumbaan itu.

Sunday, February 6, 2011

AltromenKu terbang melayang..


Adakah Anda masih kenal Altromen.. Alaa.. Altromen yang selalu fight dengan raksasa tu, Dulu semasa kecik kecik aku memang minat giler dengan cerita ni... tapi jalan cerita lebih kurang sama je kan. mesti happily ever after . ..Bila takda power, bunyi la dia punya alarm kat dada tu.. Masa tu lah kitaorang punyalah takut giler.. altromen mesti kalah.. tapi dia memang terrer.. buat buat je lembik. Kena tumbuk, tendang siap kena leser lagi. kasian kan...

Story About Gecko

Sekarang ini orang bersibuk-sibuk mencari cicak Kokgo/gecko/Tokek. Bukan cicak kubin ataupun cicak kecil biasa yang anda lihat mahupun cicakman hahahaha. Spesis ni jarang kita tengok kat rumah. Mungkin spesis dinasour yang dah lama luput... biarlah la apa apa pun.. Aku pun ada sekor. Tapi kecik lagi,masi belum baligh. Kat skolah aku pun cikgu sendiri yang jadi penangkap kokgo.. Orang cakap harganya mahal.. ada yg mencecah sampai RM1 juta. Ada orang kata, harganya mahal sebab dapat menyembuhkan penyakit chikungunya.. Ntah betul ke ndak aku tak pasti. Walau apapun ... satu penghargaan buat cicak kokgo yang menjadi kegilaan ramai.

Wan Open a taim At Sarawak


Berlaku lah pada suatu hari, sebuah kampung yang agak terpencil, telah terpilih sebagai kawasan lawatan gabenor baru daerah itu.Ketua kampung tersebut dan juga seluruh anak buahnya merasa bangga kerana kampung mereka terpilih sebagai tempat untuk hari bersejarah dalam kampung mereka. Lebih-lebih lagi mereka tidak terdedah dgn dunia luar. Di akhir lawatan, itu, wakil gabenor, telah menghadiahkan sebuah jam dinding sebagai cenderahati di atas kebaikan ketua kampung itu. Di pendekkan kisahnya, ketua kampung ni, boleh dikatakan bodoh sombong juga orang nye. Dia menggantungkan jam itu di luar rumahnya supaya dapat dilihat oleh penduduk kampung nya (semua penduduk kampung itu tidak tahu menggunakan jam pada ketika itu), malah
menganggapkan bahawa ketua kampung itulah yang paling bijak antara mereka. Pada suatu hari, tiba-tiba jarum jam itu pun berhenti bergerak. Semua tertanya-tanya, dan apa lagi, ketua kampung yang kononnya bijak antara mereka mula membelek-belek jam itu. tanpa disengajakan, dia tercungkil bateri pada bahagian belakang jam itu.......dan seekor lipas mati yang telah kering turut terkeluar dari tempat bateri itu.
Tiba-tiba ketua kampung berteriak...
"Haaa!! Patut pun! Drebar dia mati tersepit...!!!!!"
Dan orang kampung pun menyahut....
" OOOOOOOO...."

Hadiah Harijadi....

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Apa Nak Dikata


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Nok Ghoyat Chgito

Ambo jjadi teringak kor satu tulisae sorghae hambo Allah nih.
Gemuloh lamo doh tapi maso hayat diyyo, diyyo nih Orghae Puteh laa, bako British.
Namo diyyo Walter Armstrong Graham.
Nama sohhor diyyo " W.A. Graham ".
Diyyo nih konon nyor penasihak kor Ghajo Siyyae tapi diutuskae oleh Ghajo Siyyae selaku Siamese High Commissioner untok wi nasihak dalae hal pentadbirae kor kawasae jajohae diyyo hok kito lonih kenaa nga namo " Kelatae ".
Tugah diyyo sebenaa, saloh satu nyor adolah nok jago kepentingae British di Kelatae hok tikko tuh Siyyae kato hok diyyo.
British nih pulok jenih tok ggaduh, stail gentlemen gaetaek, diyyo nok kor Kelatae nga wak massuk dulu orghae suppo W.A. Graham nih, pah tuh barghu laa diyyo targhik Kelatae jadi naungae British secargho rasmi pakaa Perjanjiyyae Bangkok 1909.
Mako nok ppendaek kae cerghito,
W.A Graham nih ado karrae la satu buku bergambaa pasaa Kelatae,
mulo mulo tubik di Glasgow, Scotland tahung 1908.
Dalae buku tuh, diyyo ghoyak machae machae pasaa Kelatae,
Penuh nga gambaa, bekalih takdok lagih sapo sapo sebelong diyyo pernoh wak.
Serghebo maknaeko boleh kato ado belako hok selayok nyor bagi sebuwwoh " Guide Book ",
darghi hal tanoh, chuwacho, sapaa laa pasaa budayo nga ekonomi Kelatae tikko tuh.
Dalae banyok banyok,
ado sor tuh diyyo tulih pasaa " Kae'chaek Kelatae " ( the Kelantan dialect ) :


Petikan : " Kelantan : A State of The Malay Peninsular " Chapter VIII : Language, page 34 ~ 35 ( W.A Graham, 1908 )

Kadae kadae tuh nok sukko bacho,
sapaa gitummo diyyo described Kae'chaek Kelatae, bekalih nok ghoyak pelik nyor kalu bbanding nga bahaso Melayu hok umum orghae pakaa ...
Bacho habih doh ? Kalu yor, baguh.
Kalu dop, jangae malah, bacho sapaa habih.
Pah tuh, ingak mollek weh gappo diyyo tulih tuh
sebak ado kaittae nga gapo hok ambo nok ghoyak pah nih.

MagHi BeLaja Bahaso AmBo

haa ari nih topik besh kepada sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak nikoh (kahwin) dgn org kelantan..baik blajar kalu x..pening ppalo..heehehe..:P Ada cerita di sebuah sekolah rendah
di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu hari budak-budak ternampak ular. Jadi kata cikgu,”cepat-cepat lah katok”. Budak-budak pun heran dan jawab balik, “bukan katak cikgu, tapi ular.” Hmmmm konpius…
Katok =pukul, balun, hentam

Vocabulary :
Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
saksoba =  Absorber
Supik Gelenyar – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)
Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result 2. reserved),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat
kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan…lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bu(kan)?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat
Kelantan di anggap
TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis
didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…
Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan ‘cedok’, selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud “basuh b***k”
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan ‘paling bawah’. Mencarut bagi mereka…
JEBUR : kita maksudkan ‘botol’ (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni…) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
KOTER : kita maksudkan “kelapa tua yang kering tak berair” (ingat
slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan ‘perempuan’ tapi bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE…)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala “simbol” kemesraan antarakawan…cuba direct
translate jadi BINATANG… Boleh bergaduh nanti…
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,
ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!
Biasanya perkataan yang berakhir dengan
`an’,'am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth : Jangan=jange
Lengan=lenge
Geran=gere,
Pisang=pise
Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.
Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi.
Sekadar contoh,
Tanpa ‘sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA
(useless).
Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap)
so itula tutorial kite ttg bhs kelantan…i enjoy it very much..hope
u too…

Istilah Kelantan Yang Biasanya Orang Salah Faham
selalu = terus (cth: wak selalu = buat terus)
rajin = pernah (cth: rajin gi nara = pernah pergi narathiwat)
buje(bujang) = janda (bukannya dara/teruna)
kote = kering (kitorang bukan mencarut bila sebut perkataan ni, cth: nyo kote = kelapa takde air)
patat = dasar (pun bunyi macam mencarut tapi bukan, cth: patat sunga = dasar sungai, patat koli = lempeng)
tuak = air nira fresh (bukan tuak sarawak, yang ni tak mabuk)
gedut = kecik (bukan gendut/gemuk, cth: bah gedut = bas mini, selua kaki gedut = seluar carrot-cut)