page

Monday, February 7, 2011

Nasi Kerabu

Ni Makanan favorite aku.. kalau tak pekena nasi krabu tak sah la. Tapi dalam keadaan sekarang ni, susahlah nak dapat makan lagi. lagipun aku berjauhan dari kampung halaman. Kini berada diseberang laut. Untuk mengubat rindu nak makan Nasi Kerabu, sempat juga aku pekena kat bandar Kuching samada kat Arif Hotel ataupun kat Desa Ilmu. Walaucamana pun untuk sesiapa yg rajin2 nak buat Nasi Krabu, disini ada resepinya.. Slamat Mencuba...

BAHAN NASI:

4 cawan beras

BAHAN SAMBAL KELAPA:

5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

BAHAN KUAH TUMIS:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur

BAHAN ULAM:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

CARA MENYEDIAKAN:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan
ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa.
Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan
masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu.
Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam
periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.

Niat Ati

Aku kalau boleh nak add segala dokumen tentang pembelajaran dan pengajaran seperti rpt setiap subjek, modul KSSR. tapi takdop masa. makan masa jugak tu.

Arnab Dan Kura Kura

Pada satu hari dihutan Arizona ...kura-kura telah membuat satu kejutan di luar tabii' kehidupan haiwan.....dia telah mencabar arnab lumba lari dgn dia. Satu hutan terkejut besar dgn cabaran kura-kura tu...Mana kan tidak.. arnab adalah juara lumba 4 tahun berturut2 . semua cakap kura-kura tak betol...otak dia dah tak center agaknya....mana boleh menang sey...takyah lumba, semua dah tahu yg kura-kura akan kalah. Sang Arnab ketawa terbahak bahak....dia macam tak percaya dgn cabaran sang kura-kura...tapi oleh kerana sang kura-kura nampaknya bersungguh-sungguh nak challenge, dia terima jugak cabaran itu.

So hari yg ditunggu tunggu telah pun tiba. Arnab dan kura-kura sudah berada di garisan permulaan. Binatang-binatang yg lain pun berada di situ untuk memberi semangat pada sang arnab dan sang kura-kura. T-shirts. souveniers, key chains etc pun ada dijual di situ.....macam satu pesta beb...semua ambil kesempatan untuk buat duit.

"On your mark..Get Set". Teriak Sang Singa. Bdebooom! bunyik tembakan menandakan bermulanya perlumbaan itu.

Semua bertepuk sorak....kat satu korner kelihatan beberapa ekor binatang membuat betting....of course semua bet on the arnab to win lah.

Kura-kura berjalan dgn slow motion...sementara arnab still at the starting point...arnab dengan sengaja berdiri di situ sambil memerhatikan kura-kura berjalan dulu. Arnab telah dengan riaknya mentertawakan kura-kura sambil berkata pada all the supporters,

"Rileekkkkkk, biar dia jalan dulu...nanti aku bleh catch up"

Supporters yg lain bertepuk sorak sambil menyaksikan telatah arnab yg sombong lagi bongkak nak mampos.

Kura-kura berjalan dan terus berjalan..berpeluh dibuatnya...dia toleh kebelakang dan dapati arnab masih lagi di garisan permulaan. Bila dia tengok dah agak jauh...kura kura pun berdiri dan melucutkan buckle dipinggangnya....maka terlucutlah shell yg memprotect belakang badan dia. Bila shell tu dah tanggal. kura kura pun apa lagi, mulalah berdesut lari macam lipas kudung dan akhirnya ke garisan penamat.....maka menanglah sang kura-kura dalam perlumbaan itu.

Sunday, February 6, 2011

AltromenKu terbang melayang..


Adakah Anda masih kenal Altromen.. Alaa.. Altromen yang selalu fight dengan raksasa tu, Dulu semasa kecik kecik aku memang minat giler dengan cerita ni... tapi jalan cerita lebih kurang sama je kan. mesti happily ever after . ..Bila takda power, bunyi la dia punya alarm kat dada tu.. Masa tu lah kitaorang punyalah takut giler.. altromen mesti kalah.. tapi dia memang terrer.. buat buat je lembik. Kena tumbuk, tendang siap kena leser lagi. kasian kan...

Story About Gecko

Sekarang ini orang bersibuk-sibuk mencari cicak Kokgo/gecko/Tokek. Bukan cicak kubin ataupun cicak kecil biasa yang anda lihat mahupun cicakman hahahaha. Spesis ni jarang kita tengok kat rumah. Mungkin spesis dinasour yang dah lama luput... biarlah la apa apa pun.. Aku pun ada sekor. Tapi kecik lagi,masi belum baligh. Kat skolah aku pun cikgu sendiri yang jadi penangkap kokgo.. Orang cakap harganya mahal.. ada yg mencecah sampai RM1 juta. Ada orang kata, harganya mahal sebab dapat menyembuhkan penyakit chikungunya.. Ntah betul ke ndak aku tak pasti. Walau apapun ... satu penghargaan buat cicak kokgo yang menjadi kegilaan ramai.

Wan Open a taim At Sarawak


Berlaku lah pada suatu hari, sebuah kampung yang agak terpencil, telah terpilih sebagai kawasan lawatan gabenor baru daerah itu.Ketua kampung tersebut dan juga seluruh anak buahnya merasa bangga kerana kampung mereka terpilih sebagai tempat untuk hari bersejarah dalam kampung mereka. Lebih-lebih lagi mereka tidak terdedah dgn dunia luar. Di akhir lawatan, itu, wakil gabenor, telah menghadiahkan sebuah jam dinding sebagai cenderahati di atas kebaikan ketua kampung itu. Di pendekkan kisahnya, ketua kampung ni, boleh dikatakan bodoh sombong juga orang nye. Dia menggantungkan jam itu di luar rumahnya supaya dapat dilihat oleh penduduk kampung nya (semua penduduk kampung itu tidak tahu menggunakan jam pada ketika itu), malah
menganggapkan bahawa ketua kampung itulah yang paling bijak antara mereka. Pada suatu hari, tiba-tiba jarum jam itu pun berhenti bergerak. Semua tertanya-tanya, dan apa lagi, ketua kampung yang kononnya bijak antara mereka mula membelek-belek jam itu. tanpa disengajakan, dia tercungkil bateri pada bahagian belakang jam itu.......dan seekor lipas mati yang telah kering turut terkeluar dari tempat bateri itu.
Tiba-tiba ketua kampung berteriak...
"Haaa!! Patut pun! Drebar dia mati tersepit...!!!!!"
Dan orang kampung pun menyahut....
" OOOOOOOO...."

Hadiah Harijadi....

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Apa Nak Dikata


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Nok Ghoyat Chgito

Ambo jjadi teringak kor satu tulisae sorghae hambo Allah nih.
Gemuloh lamo doh tapi maso hayat diyyo, diyyo nih Orghae Puteh laa, bako British.
Namo diyyo Walter Armstrong Graham.
Nama sohhor diyyo " W.A. Graham ".
Diyyo nih konon nyor penasihak kor Ghajo Siyyae tapi diutuskae oleh Ghajo Siyyae selaku Siamese High Commissioner untok wi nasihak dalae hal pentadbirae kor kawasae jajohae diyyo hok kito lonih kenaa nga namo " Kelatae ".
Tugah diyyo sebenaa, saloh satu nyor adolah nok jago kepentingae British di Kelatae hok tikko tuh Siyyae kato hok diyyo.
British nih pulok jenih tok ggaduh, stail gentlemen gaetaek, diyyo nok kor Kelatae nga wak massuk dulu orghae suppo W.A. Graham nih, pah tuh barghu laa diyyo targhik Kelatae jadi naungae British secargho rasmi pakaa Perjanjiyyae Bangkok 1909.
Mako nok ppendaek kae cerghito,
W.A Graham nih ado karrae la satu buku bergambaa pasaa Kelatae,
mulo mulo tubik di Glasgow, Scotland tahung 1908.
Dalae buku tuh, diyyo ghoyak machae machae pasaa Kelatae,
Penuh nga gambaa, bekalih takdok lagih sapo sapo sebelong diyyo pernoh wak.
Serghebo maknaeko boleh kato ado belako hok selayok nyor bagi sebuwwoh " Guide Book ",
darghi hal tanoh, chuwacho, sapaa laa pasaa budayo nga ekonomi Kelatae tikko tuh.
Dalae banyok banyok,
ado sor tuh diyyo tulih pasaa " Kae'chaek Kelatae " ( the Kelantan dialect ) :


Petikan : " Kelantan : A State of The Malay Peninsular " Chapter VIII : Language, page 34 ~ 35 ( W.A Graham, 1908 )

Kadae kadae tuh nok sukko bacho,
sapaa gitummo diyyo described Kae'chaek Kelatae, bekalih nok ghoyak pelik nyor kalu bbanding nga bahaso Melayu hok umum orghae pakaa ...
Bacho habih doh ? Kalu yor, baguh.
Kalu dop, jangae malah, bacho sapaa habih.
Pah tuh, ingak mollek weh gappo diyyo tulih tuh
sebak ado kaittae nga gapo hok ambo nok ghoyak pah nih.

MagHi BeLaja Bahaso AmBo

haa ari nih topik besh kepada sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak nikoh (kahwin) dgn org kelantan..baik blajar kalu x..pening ppalo..heehehe..:P Ada cerita di sebuah sekolah rendah
di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu hari budak-budak ternampak ular. Jadi kata cikgu,”cepat-cepat lah katok”. Budak-budak pun heran dan jawab balik, “bukan katak cikgu, tapi ular.” Hmmmm konpius…
Katok =pukul, balun, hentam

Vocabulary :
Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
saksoba =  Absorber
Supik Gelenyar – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)
Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result 2. reserved),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat
kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan…lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bu(kan)?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat
Kelantan di anggap
TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis
didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…
Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan ‘cedok’, selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud “basuh b***k”
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan ‘paling bawah’. Mencarut bagi mereka…
JEBUR : kita maksudkan ‘botol’ (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni…) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
KOTER : kita maksudkan “kelapa tua yang kering tak berair” (ingat
slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan ‘perempuan’ tapi bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE…)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala “simbol” kemesraan antarakawan…cuba direct
translate jadi BINATANG… Boleh bergaduh nanti…
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,
ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!
Biasanya perkataan yang berakhir dengan
`an’,'am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth : Jangan=jange
Lengan=lenge
Geran=gere,
Pisang=pise
Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.
Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi.
Sekadar contoh,
Tanpa ‘sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA
(useless).
Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap)
so itula tutorial kite ttg bhs kelantan…i enjoy it very much..hope
u too…

Istilah Kelantan Yang Biasanya Orang Salah Faham
selalu = terus (cth: wak selalu = buat terus)
rajin = pernah (cth: rajin gi nara = pernah pergi narathiwat)
buje(bujang) = janda (bukannya dara/teruna)
kote = kering (kitorang bukan mencarut bila sebut perkataan ni, cth: nyo kote = kelapa takde air)
patat = dasar (pun bunyi macam mencarut tapi bukan, cth: patat sunga = dasar sungai, patat koli = lempeng)
tuak = air nira fresh (bukan tuak sarawak, yang ni tak mabuk)
gedut = kecik (bukan gendut/gemuk, cth: bah gedut = bas mini, selua kaki gedut = seluar carrot-cut)