Suatu hari sekembalinya Juha dan isteri dari rumah sahabatnya mendapati rumahnya telah masuki oleh pencuri. Semua barang yang boleh diangkat telah dibawa oleh pencuri itu.
“Ini salahmu,” kata isterinya, “engkau seharusnya memeriksa bahawa semua sudah dikunci sebelum kita pergi.”
Jiran jirannya datang dan menambah, “Engkau tidak mengunci jendela-jendela,” dan sambung oleh jirannya yang satu lagi, ”Kenapa engkau tidak berhati hati bahawa perkara ini boleh terjadi. Kata yang lain lagi, “kunci kunci itu sudah lama dan engkau tidak menggantikannya.”
“Sebentar, sebentar …” kata Juha, “Tentunya bukan hanya aku saja yang harus disalahkan bukan ?”
“Lalu siapa yang harus dipersalahkan ?” teriak isteri dan jirannya.
“Bagaimana halnya dengan pencuri itu ?” kata Juha, “Apakah mereka sama sekali tidak bersalah ?”
Sunday, March 20, 2011
Yakin kah ? Pasti !
Memiliki keraguan adalah suatu hal yang lumrah, tetapi tidak semestinya engkau terus berada dalam keraguan. Keraguan seharusnya membawa kepada kebenaran. Jangan tinggal diam dalam pertanyaan. Pikiranmu boleh menjeratmu. Kepandaian dan ilmu pengetahuan pun boleh menipumu.
Yakin kah.. pasti ... Sebab itu tanyakanlah kepada diri sendiri, seberapa dalam keyakinan itu ? – ketika mata yang selalu melihat tidak lagi melihat, telinga yang selalu mendengar tidak lagi mendengar, dan fikiran yang selalu berupaya untuk menguraikan sesuatu berhenti untuk berpikir.

Telah tercipta untukMu
Suatu ketika, seorang pemuda meminjamkan sahabat lamanya sejumlah wang. Beberapa bulan kemudian dia memerlukan wang itu, sehinggalah dia pergi ke rumah sahabatnya di sebuah kota, untuk meminta kembali wangnya yang dia pinjamkan. Isteri sahabatnya mengatakan padanya bahawa suaminya sedang mengunjungi seseorang di sebuah kota yang berdekatan. Isteri sahabatnya menunjukkan arah dan alamat yang harus dituju, lalu lelaki itupun berangkat. Dalam perjalanan ia melalui satu majlis pengkebumian. Kerana tidak terburu-buru, ia memutuskan untuk mengikuti majlis pengkebumian itu, dan ikut memanjatkan doa bagi nafs [jiwa] almarhum.
Pekuburan kota itu sudah sangat tua. Jika kubur baru akan digali, beberapa kubur lama perlu digali juga untuk mengangkat dan memindahkan sisa tulang belulangnya. Ketika pemuda itu berdiri di samping lubang yang baru digali untuk jenazah almarhum, ia memerhatikan sisa-sisa kerangka yang baru saja diangkat. Di antara kedua gigi depan tengkoraknya terselip sebiji kacang pipih. Tanpa berfikir, dia mengambil biji kacang itu dan dijentikkannya ke mulutnya sendiri
Tepat waktu itu, datanglah seorang lelaki yang seluruh janggutnya telah memutih namun nampak masih muda. lalu bertanya kepada si pemuda tersebut , “Kau tahu kenapa kau ada disini sekarang ?” “Oh, tentu saja. Aku datang ke kota ini untuk mengunjungi sahabatku.” Balas pemuda tersebut.
“BUKAN. Kau ada disini kerana perlu memakan sebutir kacang itu. Tahukah kau, bahwa kacang itu adalah hak engkau. Kacang itu bukan hak orang itu, yang sudah menjadi tulang belulang sejak bertahun-tahun yang lalu, sehingga ia tidak bisa menelannya. KACANG ITU ADALAH HAKMU, dan HARUS SAMPAI KEPADAMU.”
“Itu berlaku dalam semua perkara . Allah sendirilah yang memenuhi segala hak dan kemahuanmu. Apapun yang diciptakan untuk menjadi hakmu, pasti kau akan menerimanya.”
RENUNGAN …
Yakinlah bahawa segala sesuatu, termasuk keadaan-keadaan, fenomena, mushibah dan anugerah, yang telah diciptakan oleh Allah Ta’ala bagi seseorang akan diterima oleh orang itu.

Subscribe to:
Comments (Atom)