page

Sunday, March 20, 2011

Siapa Salah?!!!

Suatu hari sekembalinya Juha dan isteri dari rumah sahabatnya mendapati rumahnya telah masuki oleh pencuri. Semua barang yang boleh diangkat telah dibawa oleh pencuri itu.
“Ini salahmu,” kata isterinya, “engkau seharusnya memeriksa bahawa semua sudah dikunci sebelum kita pergi.”
Jiran jirannya datang dan menambah, “Engkau tidak mengunci jendela-jendela,” dan sambung oleh jirannya yang satu lagi, ”Kenapa engkau tidak berhati hati bahawa perkara ini boleh terjadi. Kata yang lain lagi, “kunci kunci itu sudah lama dan engkau tidak menggantikannya.”
“Sebentar, sebentar …” kata Juha, “Tentunya bukan hanya aku saja yang harus disalahkan bukan ?”
“Lalu siapa yang harus dipersalahkan ?” teriak isteri dan jirannya.
“Bagaimana halnya dengan pencuri itu ?” kata Juha, “Apakah mereka sama sekali tidak bersalah ?”

0 comments:

Post a Comment