Suatu ketika, seorang pemuda meminjamkan sahabat lamanya sejumlah wang. Beberapa bulan kemudian dia memerlukan wang itu, sehinggalah dia pergi ke rumah sahabatnya di sebuah kota, untuk meminta kembali wangnya yang dia pinjamkan. Isteri sahabatnya mengatakan padanya bahawa suaminya sedang mengunjungi seseorang di sebuah kota yang berdekatan. Isteri sahabatnya menunjukkan arah dan alamat yang harus dituju, lalu lelaki itupun berangkat. Dalam perjalanan ia melalui satu majlis pengkebumian. Kerana tidak terburu-buru, ia memutuskan untuk mengikuti majlis pengkebumian itu, dan ikut memanjatkan doa bagi nafs [jiwa] almarhum.
Pekuburan kota itu sudah sangat tua. Jika kubur baru akan digali, beberapa kubur lama perlu digali juga untuk mengangkat dan memindahkan sisa tulang belulangnya. Ketika pemuda itu berdiri di samping lubang yang baru digali untuk jenazah almarhum, ia memerhatikan sisa-sisa kerangka yang baru saja diangkat. Di antara kedua gigi depan tengkoraknya terselip sebiji kacang pipih. Tanpa berfikir, dia mengambil biji kacang itu dan dijentikkannya ke mulutnya sendiri
Tepat waktu itu, datanglah seorang lelaki yang seluruh janggutnya telah memutih namun nampak masih muda. lalu bertanya kepada si pemuda tersebut , “Kau tahu kenapa kau ada disini sekarang ?” “Oh, tentu saja. Aku datang ke kota ini untuk mengunjungi sahabatku.” Balas pemuda tersebut.
“BUKAN. Kau ada disini kerana perlu memakan sebutir kacang itu. Tahukah kau, bahwa kacang itu adalah hak engkau. Kacang itu bukan hak orang itu, yang sudah menjadi tulang belulang sejak bertahun-tahun yang lalu, sehingga ia tidak bisa menelannya. KACANG ITU ADALAH HAKMU, dan HARUS SAMPAI KEPADAMU.”
“Itu berlaku dalam semua perkara . Allah sendirilah yang memenuhi segala hak dan kemahuanmu. Apapun yang diciptakan untuk menjadi hakmu, pasti kau akan menerimanya.”
RENUNGAN …
Yakinlah bahawa segala sesuatu, termasuk keadaan-keadaan, fenomena, mushibah dan anugerah, yang telah diciptakan oleh Allah Ta’ala bagi seseorang akan diterima oleh orang itu.

0 comments:
Post a Comment