Sunday, February 6, 2011
Wan Open a taim At Sarawak
Berlaku lah pada suatu hari, sebuah kampung yang agak terpencil, telah terpilih sebagai kawasan lawatan gabenor baru daerah itu.Ketua kampung tersebut dan juga seluruh anak buahnya merasa bangga kerana kampung mereka terpilih sebagai tempat untuk hari bersejarah dalam kampung mereka. Lebih-lebih lagi mereka tidak terdedah dgn dunia luar. Di akhir lawatan, itu, wakil gabenor, telah menghadiahkan sebuah jam dinding sebagai cenderahati di atas kebaikan ketua kampung itu. Di pendekkan kisahnya, ketua kampung ni, boleh dikatakan bodoh sombong juga orang nye. Dia menggantungkan jam itu di luar rumahnya supaya dapat dilihat oleh penduduk kampung nya (semua penduduk kampung itu tidak tahu menggunakan jam pada ketika itu), malah
menganggapkan bahawa ketua kampung itulah yang paling bijak antara mereka. Pada suatu hari, tiba-tiba jarum jam itu pun berhenti bergerak. Semua tertanya-tanya, dan apa lagi, ketua kampung yang kononnya bijak antara mereka mula membelek-belek jam itu. tanpa disengajakan, dia tercungkil bateri pada bahagian belakang jam itu.......dan seekor lipas mati yang telah kering turut terkeluar dari tempat bateri itu.
Tiba-tiba ketua kampung berteriak...
"Haaa!! Patut pun! Drebar dia mati tersepit...!!!!!"
Dan orang kampung pun menyahut....
" OOOOOOOO...."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

OOOOOOOO...bulat mulut tuuuuuu ish ish..agak2 lipas tu letak lesen dia kat mana yer....
ReplyDelete