page

Monday, February 7, 2011

Arnab Dan Kura Kura

Pada satu hari dihutan Arizona ...kura-kura telah membuat satu kejutan di luar tabii' kehidupan haiwan.....dia telah mencabar arnab lumba lari dgn dia. Satu hutan terkejut besar dgn cabaran kura-kura tu...Mana kan tidak.. arnab adalah juara lumba 4 tahun berturut2 . semua cakap kura-kura tak betol...otak dia dah tak center agaknya....mana boleh menang sey...takyah lumba, semua dah tahu yg kura-kura akan kalah. Sang Arnab ketawa terbahak bahak....dia macam tak percaya dgn cabaran sang kura-kura...tapi oleh kerana sang kura-kura nampaknya bersungguh-sungguh nak challenge, dia terima jugak cabaran itu.

So hari yg ditunggu tunggu telah pun tiba. Arnab dan kura-kura sudah berada di garisan permulaan. Binatang-binatang yg lain pun berada di situ untuk memberi semangat pada sang arnab dan sang kura-kura. T-shirts. souveniers, key chains etc pun ada dijual di situ.....macam satu pesta beb...semua ambil kesempatan untuk buat duit.

"On your mark..Get Set". Teriak Sang Singa. Bdebooom! bunyik tembakan menandakan bermulanya perlumbaan itu.

Semua bertepuk sorak....kat satu korner kelihatan beberapa ekor binatang membuat betting....of course semua bet on the arnab to win lah.

Kura-kura berjalan dgn slow motion...sementara arnab still at the starting point...arnab dengan sengaja berdiri di situ sambil memerhatikan kura-kura berjalan dulu. Arnab telah dengan riaknya mentertawakan kura-kura sambil berkata pada all the supporters,

"Rileekkkkkk, biar dia jalan dulu...nanti aku bleh catch up"

Supporters yg lain bertepuk sorak sambil menyaksikan telatah arnab yg sombong lagi bongkak nak mampos.

Kura-kura berjalan dan terus berjalan..berpeluh dibuatnya...dia toleh kebelakang dan dapati arnab masih lagi di garisan permulaan. Bila dia tengok dah agak jauh...kura kura pun berdiri dan melucutkan buckle dipinggangnya....maka terlucutlah shell yg memprotect belakang badan dia. Bila shell tu dah tanggal. kura kura pun apa lagi, mulalah berdesut lari macam lipas kudung dan akhirnya ke garisan penamat.....maka menanglah sang kura-kura dalam perlumbaan itu.

1 comments:

;;-) :-/ :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) ( ) /:) =)) O:-) :-B =; :-c ] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!
  1. Pengajaran.
    Jangan anda sangka makhluk yang lemah itu akan kalah selama lamanya

    ReplyDelete