Seorang pakar motivasi mengeluarkan wang RM100 dan bertanya siapa yang mahukan wang tersebut, ternyata ramai yang berminat memilikinya. Kemudian dia merenyukkan wang tersebut dan bertanya lagi, masih lagi ramai yang menginginkan wang tersebut. Setelah itu dia memijak denga kasutnya hingga wang tersebut lusuh dan kotor. Kemudian dia bertanya ,masih adakah yang mahukan wang tersebut. Ternyata masih ramai yang mahukan wang tersebut.
Pengajarannya adalah walau wang tersebut renyuk, kotor dan lusuh tetapi nilainya masih RM100, tidak berkurang pun. Dalam kehidupan kita berapa kali kita terjatuh, tersungkur dan terkoyak hati akibat tersilap percaturan dalam hidup. Apabila tersilap langkah dan melakukan kesilapan kita akan rasa diri amat hina dan tak berharga.
Padahal sebenarnya kita tetap masih bernilai dan sama nilainya bagi mereka yang menyintai dan menyayangi kita. Apabila berbuat dosa segeralah meminta ampun pada yang Esa kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita mahu dan ikhlas bertaubat. Sayangilah diri kita kerana semua insan sama saja di sisi Allah yang membezakannya adalah KETAQWAAN kepadaNya saja.

0 comments:
Post a Comment